Bank Negara Malaysia (BNM), kini melihat pengguna dan peniaga tempatan mula terbuka menerima akses kewangan digital negara. Ini dapat diperlihat apabila segmen tersebut meningkat 47% sepanjang 2021.
Peningkatan kepada 6.5 bilion penggunaan ini secara asanya memaparkan peniaga telah menerapkan sistem digitalisasi pada kemudahan mereka.
Untuk makluman, antara akses yang memaparkan peningkatan ketara adalah pembayaran melalui kod QR dalam kalangan operasi peniaga, yang kini diparas lebih 1 juta pendaftaran peniaga setakat 6 bulan pertama 2021. Angka ini jauh lebih tinggi berbanding data 2019 yang mencatat penyertaan sekitar 300,000.
BNM memaklumkan akan terus melestarikan agenda kewangan negara melalui pelbagai usaha. Antaranya mengikut laporan akan memperincikan agenda pendigitalan pada Pelan Sektor Kewangan 2022 hingga 2026 pada MyFintechWeek bermula hari ini (24 Januari).