Ternyata firma teknologi gergasi milik Singapura kini mula mencuri peluang pada landskap perbankan di Indonesia, apabila Singtel dan Grab mula menyertai pelaburan terhadap Bank Fama.
Setakat ini, Grab – penyedia platform teknologi mengakui memiliki kepentingan minoriti pada perbankan tersebut sekitar 16.25%. Sementara Singtel, penyedia telekomunikasi terbesar Asia Tenggara pula memiliki kepentingan perbankan sekitar 16.3%.
Perolehan Singtel pada kepentingan tersebut membawa kepada pertimbangan tunai hampir RM146.1 juta (5,000 bilion rupiah). Ini secara langsung menjadikan syarikat Singapura memiliki sekitar 32.5% pada peluang perbankan di Indonesia.
Penyertaan kedua-dua syarikat teknologi ini bukanlah suatu perkara yang asing lagi apabila keduanya turut bersekutu dalam perolehan lesen bank digital di Malaysia.