Artikel

KPDNHEP Benarkan Peniaga Makanan Naikkan Harga, Tetapi Tidak Terlalu Tinggi

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) kini membenarkan peniaga makanan untuk meningkatkan kos jualan makanan, tetapi haruslah bertepatan dengan kuasa beli pengguna dan tidak mencatut.

Mencatut – iaitu berniaga secara gelap, atau menjual sesuatu dengan keuntungan yang melampau.

Tindakan ini secara langsung akan memberi ruang kepada peniaga untuk menampung kembali kerugian yang ditanggung oleh mereka, susulan peningkatan harga barang mentah pada perolehan bekalan.

Menurut timbalannya, Datuk Rosol Wahid – rundingan ini telah dilakukan bersama para peniaga. Di mana langkah meningkatkan harga secara drastik tidak wajar dilakukan. Kenyataan ini telah dikongsikan ketika sidang Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia dilaksanakan di Kuching, Sarawak.

Seterusnya bagi isu kenaikan harga barangan tertentu pada awal Februari kelak, KPDNHEP memberi jaminan akan memastikan bekalan barangan mentah pada pasaran akan dipertingkatkan, untuk mengelak dari sebarang ketirisan bekalan dan lonjakan harga yang melampau.