Artikel

Majlis Bandaraya Seremban Kenal Pasti 100 Iklan Tanpa Lesen Di Lebuhraya PLUS

Majlis Bandaraya Seremban (MBS) kini berkongsi berkenaan Ops Menampal Notis Iklan Tidak Berlesen di tepi lebuhraya PLUS.

Menurut pihak MBS, sebanyak 100 papan iklan telah ditampal dengan notis tanpa lesen / permit. Iklan berkenaan tidak diturunkan buat masa ini.

Ops ini diadakan dalam membendung isu papan iklan tanpa lesen, termasuk dari segi spesifikasi dan lain-lain. Pihak berkuasa turut mendapati struktur binaan iklan tersebut tidak mendapat kebenaran daripada pihak PBT, malah tidak membayar cukai taksiran, selain tidak mendapat permit iklan.

Operasi yang dilakukan ini hanya oleh Majlis Bandaraya Seremban sahaja, dan bukannya melibatkan keseluruhan perjalanan di Lebuhraya Utara-Selatan.