Seperti yang umum ketahui, pembukaan taman tema Genting SkyWorlds dijangka bakal beroperasi pada awal Februari kelak, lebih menarik dianggarkan kadar tiket hariannya akan mencecah sehingga RM200.
Jangkaan ini disasarkan oleh pemerhatian Affin Hwang Investment Bank – di mana kos tersebut adalah untuk menampung kerugian yang dialami. Buat pengetahuan umum, kumpulan ini dijangka akan alami kerugian awal pada pembukaan operasi disebabkan kebenaran kapasiti yang terhad.
Meskipun taman tema in berkemampuan memuatkan sehingga 20,000 pengunjung sehari akan tetapi berkemungkinan had kapasiti hanya dibenarkan sekitar 10,000 pengunjung sahaja.
Tetapi pihak Genting dilaporkan akan terus bersedia berhubung risiko berkenaan, ini kerana tindakan itu untuk memastikan jumlah kehadiran pengguna di Genting Highlands kekal alami pertambahan.
Berhubung penetapan kadar harga tiket, walaupun tidak dimaklumkan kadar sebenar. Amaun tersebut masih lagi diteliti dan dijangka akan terus meningkat setelah pembukaan antarabangsa dibenarkan.