Artikel

Evergrande Rancang Lantik Penasihat Kewangan, Bantu Atasi Tekanan Hutang

Evergrande, firma hartanah gergasi milik China kini dalam perancangan untuk melantik penasihat kewangan, perundangan tambahan pada jawatankuasa pengurusan risiko mereka bagi tangani tekanan hutang.

Buat pengetahuan umum, Evergrande sejak September lalu telah berdepan dengan jumlah hutang tertinggi pada paras lebih AS$300 bilion. Ini menjadikan syarikat gergasi sebagai ancaman pada pasaran hartanah dunia.

Tindakan ini dilakukan setelah Evergrande gagal melaksanakan penstrukturan semula  dan perlu mempertimbangkan kepentingan pelabur dan melindungi mereka dari sebarang langkah jualan aset

Mengikut laporan, antara cadangan lantikan adalah melibatkan China International Capital Corp dan BOCI Asia selaku penasihat kewangan. Sementara Zhong Lun pula berperanan selaku firma perundangan.