Shopee sedia popular di Malaysia pada hari ini, dengan kuantiti tempahan barangan yang meningkat dari hari ke hari. Menyedari prekara ini, kini Shopee Express Malaysia dilihat akan menyewa sebuah pusat pengedaran khusus di Shah Alam, Selangor untuk tempoh selama 15 tahun.
Bangunan yang dibangunkan oleh Axis Reeal Estate Investment Trust berkenaan bersaiz 620,098 kaki persegi, dan menelan kos pembangunan RM130 juta.
Pembangunan pusat berkenaan akan dimulakan pada suku pertama 2022 ini, dan dijangka siap menjelang 31 Ogos 2023 dan diberikan kepada penyewa, Shopee Express pada tarikh berkenaan.