Artikel

Pengguna Maybank Kini Boleh Menempah Makanan Pada Aplikasi MAE

Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) segmen makanan seperti penjaja dan jualan berasas dari rumah kini boleh merancakkan operasi mereka, susulan penyertaan Sama-Sama Lokal pada aplikasi MAE, Maybank.

Bermula 20 Januari (semalam), Maybank telah mengintegrasikan ciri tempahan makanan tersebut di bawah aplikasi MAE. Erti kata mudah, ia menjadikan aplikasi perbankan ini sebagai yang terawal menyatukan kedua platform dalam satu medium.

Lebih menarik perluasan ini tidak menerima sebarang komisen atas jualan serta percuma buat para peniaga.

Penyatuan kedua platform ini adalah sebahagian usaha berterusan Maybank untuk menawarkan akses digital yang lebih mesra kepada pengguna dan pemain PKS terlibat.

Buat pengetahuan umum, Sama-Sama Lokal telah dibangunkan sejak April 2020 dan sehingga kini platform tempahan makanan ini telah memiliki hampir 14,000 peniaga serta memiliki manfaat pada saluran 12 juta pangkalan pengguna perbankan.

Bagi langkah awal memacu penyatuan ini, bermula 20 Januari sehingga 31 Januari 2022, pelanggan boleh menikmati diskaun 50% untuk pesanan mereka daripada peniaga Sama-Sama Lokal yang menyertai kempen Kongsi Food dengan MAE, dan diskaun sehingga RM10 untuk penghantaran, apabila mereka membelanjakan sekurang-kurangnya RM20.

Pelanggan juga boleh menikmati diskaun 28% daripada pesanan mereka dan diskaun sehingga RM10 untuk kos penghantaran, dengan pesanan minimum RM30 untuk makanan dan minuman serta barangan runcit sehingga 28 Februari 2022.

Selain itu, setiap pesanan Sama-Sama Lokal dengan perbelanjaan minimum RM30 dibuat daripada kini sehingga 27 Februari 2022 akan dimasukkan secara automatik ke dalam kempen Fortune FU-ture Tahun Baharu Cina untuk berpeluang menangi 5g Emas 999.9, hadiah wang tunai serta beberapa ganjaran lain.