Artikel

OPR Masih Kekal Di Paras 1.75% – Bank Negara Malaysia

Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini masih mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras 1.75%.

Penetapan ini dicapai berasaskan perbincangan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) pada hari ini (20 Januari), di mana faktor pengekalan adalah disebabkan aktiviti pemulihan negara yang masih bergerak perlahan walaupun memaparkan aliran yang positif.

Akan tetapi kemunculan risiko pertumbuhan seperti gangguan rantaian bekalan, kemunculan varian baharu serta pertumbuhan global yang lebih rendah daripada jangkaan semasa – telah menyebabkan aturan lebih berhati-hati wajar diperhatikan oleh institusi kewangan negara. Selain itu,  inflasi asas negara pula turut dijangka mengalami sedikit peningkatan setelah ekonomi kembali normal dalam persekitaran kos yang tinggi.

Berdasarkan penetapatan di paras 1.75%, ini bukanlah kali pertama ia ditetapkan. Paras ini untuk pengetahuan umum telah diselaraskan sejak Julai 2020 lagi.

Langkah pengekalan ini adalah bertepatan untuk memahami status kewangan semasa rakyat negara. Tatkala mengimbangi pertumbuhan, pihak berkuasa juga perlu mempertimbangkan kuasa perbelanjaan orang awam untuk memastikan kesejahteraan ekonomi Malaysia terus terpelihara.