i-City kini mengatur langkah kerjasama dengan penyedia teknologi Huawei Enterprise Malaysia untuk mencipta kembali pembangunan bandar pintar negara selanjutnya di bandar teknologi pertama yang dibangunkan oleh i-Berhad (i-Bhd).
Pembangunan ini akan melibatkan pemacuan kecerdasan buatan (AI) pada ekosistem tersebut. Secara langsung akan melibatkan gabungan teknologi rumah pintar, teknologi hartanah bersama kawasan mesra pengguna.
Objektif pelaksanaan ini bertujuan memastikan ekosistem bandar tersebut relevan untuk orang awam – di mana pengguna tidak akan berasa kesesakan malah menjadi lebih selesa akan kemudahan fasiliti yang tersedia. Lebih menarik pada pengukuhan infrastruktur bandar ini, akan terdapat juga pengenalan elemen pintar seperti aplikasi i-City SuperApp kepada penduduk awam.
Malah mengikut laporan pembangunan ini juga turut akan melandaikan kadar jenayah yang berlaku dalam kawasan penempatan masyarakat negara. Adanya teknologi dan penguatkuasa, akses pembanteras menjadi lebih baik.
Sementara bagi segmen perniagaan pula, pembangunan bandar teknologi ini kelak akan menawarkan kecekapan jalur lebar yang tinggi kepada pemain industri. Jaminan itu sekaligus akan meningkatkan kualiti perkhidmatan firma yang terdapat di kawasan terbabit.