Artikel

HSBC Lancar Dompet Digital Variasi Mata Wang, Beri Akses Mudah Buat PKS

HSBC Bank Malaysia Bhd, kini melancarkan HSBC Global Wallet yang menyediakan dompet digital multi-mata wang atau berbilang mata wang kepada warga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) negara.

Buat pengetahuan umum, HSBC Global Wallet disepadukan dengan akaun perbankan perniagaan pemain di HSBCnet, iaitu platform perbankan dalam talian dan pada aplikasi mudah alih mereka.

Melalui kemudahan ini, ia membolehkan PKS melaksanakan urusniaga dengan lebih pantas dan selamat kepada pelanggan mereka di seluruh dunia. Di mana pembayaran antarabangsa dapat dilakukan dengan lebih pantas menggunakan butiran akaun tempatan PKS.

Tidak hanya itu, akses ini turut dapat meluaskan empayar mereka pada persada antarabangsa. Berdasarkan sasaran pengenalan dompet digital ini berupaya meningkatkan asas penyertaan pelanggan PKS kepada 25% bagi tahun pertama pelancaran.

Mengikut laporan, PKS boleh menghantar dan menerima akses sehingga 10 jenis mata wang – antaranya adalah Dolar AS, Yen Jepun, Dolar Singapura dan Euro.