Artikel

TikTok Perluas Kapasiti Ruang Operasi Ireland, Dijangka Rekrut 5,000 Pekerja

TikTok, platform media sosial antarabangsa kini sedang merancang untuk meningkatkan produktiviti operasinya pada pangkalan baharu di Ireland – dengan merekrut hampir 5,000 petugas sokongan.

Seiring dengan agenda itu dimaklumkan TikTok telah memajak dua bangunan yang sedang dalam pembinaan di Dublin, Ireland untuk perluasan operasi tersebut. Manakala 7 minggu lalu, TikTok baru sahaja memajak bangunan pejabat Sorting Office di kawasan South Docks Dublin, dengan keluasan keseluruhan kira-kira 202,000 kaki persegi (18,800 meter persegi).

Kini TikTok dalam rundingan untuk memajak pejabat Perkapalan dan Gudang Buah-buahan Tropika Marlet Property Group. Yang pertama memiliki 177,000 kaki persegi ruang pejabat, manakala yang kedua memiliki 80,000 kaki persegi.

Sekiranya tawaran pajakan untuk kedua-dua hartanah itu berjaya, ruang pejabat tambahan sebanyak 257,000 kaki persegi (23,900 meter persegi) akan membolehkan TikTok menambah kira-kira 2,500 lagi pekerja.

Walaupun kesepakatan ini masih tidak dicapai keseluruhan namun jumlah kapasiti ketiga-tiga bangunan itu mampu memberi kelebihan pesat pada operasi TikTok di Ireland.

Buat pengetahuan umum, TikTok telah menetapkan Ireland sebagai hab perniagaan Eropahnya. dan kini entiti tersebut telah memperolehi satu bilion pengguna di seluruh dunia.