Artikel

Berjaya Kini Lupus 71.73% Pegangannya – Jual Berjaya University College

Berjaya Corporation Bhd kini telah menandatangani perjanjian jual beli saham bersama Nanyang International Education Group bagi usul pelupusan keseluruhan 71.73% kepentingannya dalam Pendidikan Tinggi Berjaya Sdn Bhd – Berjaya University College.

Tindakan tersebut dilakukan di bawah anak syarikat milik penuhnya iaitu Berjaya Group Bhd di mana pelaksanaan ini di buat untuk memberi tumpuan pada perniagaan teras mereka.

Buat pengetahuan umum Nanyang diperbadankan oleh pemegang saham utamanya iaitu Krirk International Education Holding, yang melabur pada pasaran pendidikan tempatan. Ini bermakna entiti BUc akan diuruskan di bawah Kririk.

Setakat ini, peralihan itu sedang menanti kelulusan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan dijangka dapat diselesaikan sekitar Jun 2022.