Texchem Resources melalui anak syarikatnya iaitu Sushi King Holdings telah mencapai kesepakatan usul untuk Perjanjian Pemindahan Saham bersama Asia Yoshinoya International – bagi perolehan 1.4 juta saham biasa pada Sushi King Sdn Bhd.
Menurut kenyataan Bursa Malaysia, cadangan pemindahan saham ini mewakiliki 28% jumlah terbitan modal saham Sushi King. Yang membabitkan pertimbangan tunai sekitar RM102.2 juta.
Langkah ini secara langsung akan merancakkan aliran pendapatan Texchem pada segmen rangkaian makanan. Pada masa yang sama turut memberi kelebihan kepada Sushi King memperkasakan kecekapan operasi mereka.
Aturan ini sekaligus menjadikan sasaran cadangan pengambilalihan kelak dapat dilakukan, bagaimanapun ia masih tertakluk kepada kelulusan pemegang saham syarikat pada 6 bulan pertama 2022.