Artikel

PM Ismail Mahu Pengguna Diberi Pilihan Pembayaran Tol, Tidak Hanya Tertakluk Kepada RFID

Pentadbiran Malaysia pada mesyuarat kabinet 19 Januari (semalam) telah melihat, tindakan peralihan pengguna kepada kaedah pembayaran tol Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) ini dilihat seolah-olah tidak memberi kebebasan kepada pengguna.

Perdana Menteri Ismail Sabri memaklumkan pengguna seharusnya diberi pilihan untuk tidak beralih kepada RFID. Mereka wajar diberi kebebasan untuk kekal menggunakan kad Touch ‘n Go atau laluan SmartTag. Sekiranya kedua laluan ini ditutup secara berperingkat, ini seakan-akan menidakkan pilihan pengguna.

Tambahan, penerapan RFID ketika ini masih diperingkat awal dan ia perlu disesuaikan dari semasa ke semasa. Seharusnya pemegang konsesi lebuh raya mengekalkan pilihan laluan kedua-dua pembayaran tersebut dan peka akan situasi pengguna.

Berdasarkan lanjutan, dilaporkan Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof akan bersama pihak terlibat untuk menyemak kembali aturan peralihan sistem pembayaran tol negara ini.