Artikel

Newswav Menerima Suntikan Dana Berjumlah RM6 Juta

Newswav, salah satu aplikasi yang popular di Malaysia dengan fokus kepada penawaran kandungan berita daripada pelbagai sumber, hari ini mengumumkan mereka telah menerima suntikan dana sebanyak RM6 juta, melalui pelaburan yang diketuai OSK Ventures International Berhad.

Newswav telah dilancarkan pada 2017 yang lepas, dan ditawarkan untuk pengguna Android dan iOS. Pada hari ini, Newswav mempunyai lebih 200 sumber kandungan yang diterbitkan melalui aplikasi berkenaan.

Sebahagian daripada dana baharu ini akan digunakan dalam pemasaran dan mendapatkan pengguna baharu. Selain itu, pelaburan juga akan dilakukan dalam mempelbagaikan lagi kandungan, dan mengukuhkan teknologi pengiklanan dalaman.

Sebelum ini, Newswav turut telah menerima pelaburan daripada beberapa pihak, teermasuk BFM Capital dan YYC Ventures.