Artikel

Industri Penerbangan Tempatan Berpotensi Berdepan Lebihan Kapasiti Khidmat – Malaysia Airlines

Malaysia hanya memiiliki lebih 32 juta populasi penduduk – kehadiran pemain baharu di dalam arena penerbangan ia tidak hanya meningkatkan persaingan bahkan turut menjadikan industri negara miliki lebihan kapasiti perkhidmatan.

Malaysia Airlines beranggapan perkara itu perlu disedari oleh semua pihak, ini kerana situasi tersebut berupaya menjejaskan kemampanan pemain industri sedia ada, yang sememangnya bergelut untuk memulihkan kembali operasi penerbangan mereka.

Walaupun Malaysia Airlines telah memaparkan aliran tunai yang positif pada Oktober 2021 tetapi peningkatan pada ruang perkhidmatannya akan terus alami peningkatan dari semasa ke semasa.

Menurut Kapten Izham Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif MAG pihaknya akan terus melonjakan kecekapan bagi mengekalkan kedudukan jenama selaku syarikat penerbangan premium di pasaran Asia-Pasifik. Penyertaan muka baharu sememangnya akan meningkatkan daya saing semua pihak untuk penuhi permintaan pengguna.

Seperti yang umum ketahui, minggu ini terdapat pendedahan berhubung kemunculan syarikat penerbangan tambang murah baharu pada pasaran negara Рiaitu MYAirline. Apa yang menarik, penyertaan entiti ini memperlihatkan gerak tenaga daripada pihak berpengalaman seperti Datuk Abd Hamid (Malaysia Airport Holdings Bhd), Datuk Azharuddin (Malaysian Civil Aviation), Rayner Teo (AirAsia), Datuk Goh Hwan Hua (Zillion Wealth dan Trillion Cove).