Artikel

Hampir 50% Syarikat Di Malaysia, Bersedia Terapkan Kaedah Bekerja Secara Hibrid

Pelaksanaan bekerja secara hibrid bererti menuntut kehadiran petugas fizikal dan secara maya. Ternyata hampir 50% syarikat di negara bersedia bertindak sedemikian.

Tinjauan PERSONALKELLY ini turut mendapati Malaysia tampil antara negara yang teratas pada pelaksanaan ini dalam kumpulan 4 negara Asia-Pasifik yang lain seperti Singapura, India dan Korea Selatan. Pilihan ini didorong atas faktor kesihatan yang membawa kepada penjagaan diri lebih rapi.

Akan tetapi penerapan kaedah pekerjaan ini akan membawa risiko kepada syarikat. Selain hilang kualiti secara fizikal, daya interaksi pekerja juga turut akan terganggu khususnya melibatkan perhubungan mereka bersama pihak yang lain.

Tidak hanya itu, daya kemahiran pekerja juga akan semakin berkurangan dan majikan perlu bersedia akan kekurangan tersebut.

Meskipun terdapat beberapa risiko yang diketengahkan – penerapan kaedah ini secara langsung akan memberi kelebihan kepada individu yang berkemahiran teknologi dan bahagian pemasaran. Ini kerana dua skop tugasan ini akan terus mendapat permintaan tinggi walaupun kaedah hibrid digunapakai.

Mengikut negara pula, sejak 2021 Malaysia memperlihatkan hanya 36% responden memilih pilihan bekerja dari pejabat. Berbeza dengan China, Thailand, Vietnam, Hong Kong, dan Taiwan yang memaparkan peratusan lebihi 50% pada pilihan tersebut.