Artikel

Syarikat Induk Thai AirAsia – Perolehi Modal RM1.7 Bilion

Asia Aviation Plc, atau syarikat induk Thai AirAsia yang bertindak selaku pemegang saham utama kini telah berjaya miliki pengumpulan modal sekitar RM1.7 bilion, iaitu 14 bilion baht.

Dana tersebut membabitkan terbitan bon boleh tukar dan saham baharu itu mampu meningkatkan modal kerja serta agihan tunai pada syarikat Thai AirAsia.

Selain pengumpulan itu, pada kenyataan kumpulan turut laksana penstrukturan semula pegangan saham melalui tawaran hak kepada pemegang saham sedia ada. Ini akan melibatkan 1.7 bilion saham biasa bernilai lebih RM378,000. (3 bilion baht).

Setakat ini terbitan saham pada nisbah 5.7625 saham-saham biasa telah mendapat langganan penuh berbanding satu saham biasa pada harga 1.75 baht sesaham.

Aliran sambutan pemegang saham dan pelabur itu sekaligus telah melepasi sangkaan pihak kumpulan. Ini secara langsung menunjukkan keyakinan penuh mereka terhadap potensi kumpulan masih lagi tinggi.