Artikel

PLUS Catat Kadar Pertukaran Menggalakkan Ke RFID – Sekitar 10% Transaksi Direkodkan

Bermula 15 Januari lalu, pelaksanaan penggunaan RFID telah mula dilancarkan pada laluan tol di Lebuh Raya Utara-Selatan. Melalui penerapan itu, PLUS Malaysia melihat permintaan yang menggalakkan daripada pengguna.

Apabila setakat ini, kadar pertukaran melibatkan penggunaan RFID telah mencatatkan 10% transaksi peralihan pengguna.

Bagi memastikan sokongan penerapan RFID terus diperkasakan, pihak PLUS telah menggandakan usaha petugas membantu pengguna di setiap plaza tol. Khususnya melibatkan panduan pada laluan lorong tol yang tepat.

Setakat ini, sekiranya terdapat permasalahan pada penggunaan RFID – para pengguna boleh merujuk kepada hab Touch ‘n Go yang tersedia dan menguji semula pengesanan tag tersebut. Jika ia masih tidak berkesan, maka pihak TNG akan menggantikan tag RFID secara percuma kepada pengguna.

Melihat pada peralihan ini, PLUS berharapan pertukaran kaedah pembayaran ini dapat memacu digitalisasi dalam kehidupan para pengguna. Ia tidak hanya mudah tetapi turut menjamin keselamatan pengguna seiring dengan norma baharu.

Bercerita tentang sasaran, pihak kerajaan menjangkakan 60% penggunaan RFID ini akan dicapai menjelang akhir 2022 kelak. Ini secara langsung akan memperlihatkan penamatan penggunaan SmartTag dan kad TNG pada akhir 2023.