Artikel

Canon Antara 30 Firma UK Ikuti Percubaan Tempoh 4 Hari Bekerja

Bermula hari ini sekitar 30 firma perniagaan di seluruh United Kingdom (UK) akan memulakan percubaan bekerja selama 4 hari seminggu dalam tempoh 6 bulan mendatang.

Lebih menarik, penerapan tempoh bekerja ini masih menawarkan tahap gaji yang sama kepada semua pekerja.

Kempen percubaan 4 Day Week Global ini adalah bertujuan untuk melihat keselesaan pekerja dalam mengimbangi rutin harian mereka bersama privasi mereka. Bagaimanapun, langkah ini dilihat akan merisiko jumlah tugasan kepada pekerja. Akan menjadi lebih tinggi dan tertekan susulan perlu penuhi jumlah masa bekerja seperti biasa iaitu 32 jam seminggu.

Berdasarkan penyertaan, antara syarikat yang telah berdaftar mengikuti percubaan ni adalah Canon. Sementara firma seperti Unilever dan Morrisons pula dimaklumkan masih pertimbang untuk sertai agenda pelaksanaan tersebut.

Bagaimanapun harus diakui, penetapan tempoh bekerja yang lebih singkat ini harus diteliti mengikut jumlah jam bekerja, sektor yang terlibat dan kesannya terhadap pengeluaran sesebuah negara. Antara sektor yang berdepan halangan tertinggi untuk melaksanakan aturan tersebut adalah logistik.

Di mana ini memerlukan jumlah petugas yang tinggi untuk menampung pelaksanaan tersebut. Mengikut laporan, agenda yang sama difahamkan akan turut diadakan di Amerika Syarikat (AS), Kanada, Ireland, Australia dan New Zealand.