Citigroup, kini telah mengatasi sasarannya dalam memiliki pekerja muda atau belia pada penyertaan operasi perbankan mereka di Asia.
Dengan memiliki 5,500 petugas muda ia secara langsung mengatasi jangkaan mereka untuk memiliki 6,000 pekerja muda menjelang 2023.
Menurut Citigroup pengambilan secara berterusan sejak 2020 ini meliputi segmen operasi perbankan pengguna 48% dan 31% petugas pada operasi perniagaan, sementara 21% pengambilan lagi merangkumi petugas sokongan.
Setakat ini, agenda merekrut belia adalah seiring gagasan pelaburan Citigroup bersama Citi Foundation. Di mana lebih AS$24.5 juta telah dilaburkan pada pembangunan pekerjaan belia. Dan memaklumkan akan menyumbang sehingga AS$35 juta pada pembangunan ini.
Bagaimanapun seperti yang umum ketahui pasaran Citi di negara Asia seperti Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam telah dipelopori UOB. Menerusi peralihan itu UOB difahamkan akan mengambil 5,000 pekerja Citi di empat negara ini.