Artikel

Setiap Mangsa Banjir Layak Menerima Bantuan Sehingga RM61,000 – Tengku Zafrul

Kementerian Kewangan (MOF) kini telah membangunkan sebuah laman portal akses bantuan banjir kepada semua pihak yang terlibat.

Melalui pautan ini, mangsa banjir boleh menyemak perolehan bagi setiap bantuan berdasarkan pelbagai kategori. Ini bermakna medium portal tersebut menghimpunkan kesemua bantuan agensi kerajaan di bawah satu platform yang sama.

Berdasarkan perkongsian, Tengku Zafrul Menteri Kewangan negara memaklumkan pentadbiran telah memperuntukan RM1.4 bilion untuk atasi isu ketirisan banjir ini. Melalui agihan bantuan itu, setiap mangsa banjir layak menerima bantuan sehingga RM61,000. Bagaimanapun, ia tertakluk kepada tahap kerosakan dan kerugian yang didepani oleh orang awam.

Antara bantuan tunai yang dapat diperlihatkan pada pautan adalah perolehan rebat 100% TNB, rebat RM500 pembelian peralatan elektrik, RM2,500 pembelian barangan keperluan asas serta diskaun pembaikan kerosakan kenderaan seperti jenama Proton dan Perodua.

Mengikut senarai saluran dana ia meliputi segmen bantuan tunai, pembiayaan serta bantuan komuniti kepada mangsa banjir. Bagi sebarang perincian lanjut, semua pihak boleh layari pautan MOF Bantuan Banjir untuk ketahui penjelasan seterusnya.