Artikel

Maybank Mohon Maaf – Susulan Khidmat Maybank2U, ATM Berserta Kad Debit Gagal Diakses

Pada hari ini, perkhidmatan Maybank memohon maaf atas komplikasi yang di alami pengguna susulan kegagalan mengakses perkhidmatan perbankan mereka.

Maybank memaklumkan buat sementara waktu, antara perkhidmatan yang mengalami penangguhan adalah seperti khidmat Maybank2U, ATM, perbankan cawangan serta penggunaan kad kredit.

Berikutan permasalahan ini, Maybank memohon sedikit tempoh dan akan mengemaskini proses penyelenggaraan kepada pengguna mereka. Setakat ini, pihaknya masih menyelenggara sistem perbankan dalam kadar segera.