Artikel

JPJ Akan Laksana Ujian Memandu Sistem e-Testing Pada April 2022 Ini

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), tidak lama lagi iaitu pada April 2022 akan melancarkan sistem e-testing. Iaitu medium pengukuran prestasi calon memandu melalui ujian memandu secara elektronik.

Pelaksanaan platform ini akan dilakukan bersempena sambutan ulang tahun JPJ yang ke 76 April kelak, setakat sistem berkenaan masih diperingkat POV iaitu pembuktian konsep.

Menerusi pelaksanaan sistem e-testing ini, bahagian pemantaun pemanduan negara akan mengalami pengurangan, iaitu sekadar memerlukan 2 pemantau atau penguji pemanduan berbanding 7 pegawai yang diperlukan ketika ini pada proses manual.

Apa yang menarik, keputusan ujian pemanduan melalui sistem berteraskan teknologi turut akan diperolehi pada tempoh yang sama, berbeza pada sistem asal yang memerlukan sekurang-kurang 2 minggu untuk keputusan dikeluarkan.

Selain Malaysia, sistem e-testing imi telahpun diterapkan oleh negara Korea Selatan dan Jepun pada pengujian lesen memandu pasaran mereka.

Buat pengetahuan umum, sistem ini masih lagi melibatkan pembelajaran dalam kelas, litar serta jalan raya bagaimanapun terdapat beberapa perubahan lain akan diperincikan kelak.