Artikel

Malaysia Ingin Tingkatkan Mutu Pembangunan Bola Sepak, Umum Peruntukan RM10 Juta

Sama seperti segmen sektor yang lain, sukan juga memiliki nilai ekonominya tersendiri pada kemajuan sesebuah negara. Malaysia di bawah sasaran meningkatkan mutu pembangunan bola sepak tanah air – kini mengumumkan peruntukan berjumlah RM10 juta kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Pengumuman Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri itu secara jelas seiring dengan matlamat negara untuk meningkatkan kualiti bola sepak tempatan.

Menurut pihaknya tanggungjawab pembangunan tidak wajar dipikul oleh sektor sukan sahaja, ia perlu dibantu pentadbiran negara bagi memastikan ekosistem sukan terus terjamin.

Berdasarkan sokongan, di fahamkan syarikat berkaitan (GLC) serta sektor swasta akan menyumbang pada sokongan material dan fizikal. Sementara badan induk sukan bola sepak pula boleh memberi jaminan pulangan atas pelaburan (ROI) untuk penuhi permintaan penaja.

Melihat pada usaha ini, ia tidak menghairan sekiranya negara mula beri tumpuan meningkatkan kualiti pembangunan. Ini kerana mengikut jangkaan semasa – bola sepak difahamkan berpotensi tampil selaku ekonomi ke 17 terbesar, pada peringkat global. Jika pembangunan arena bola sepak dan kualiti permainan tempatan dapat dihasilkan – ia berupaya memberi pulangan yang baik buat ekonomi negara meskipun mengambil tempoh yang lebih lama.