Dalam usaha mempercepatkan pemulihan ekonomi, negara jiran Indonesia tidak lama lagi akan perkenalkan pelepasan cukai baharu ke atas jualan hartanah dan kenderaan pada pasaran mereka.
Tindakan itu merangkumi penawaran diskaun 50% ke atas cukai nilai tambahan (VAT) bagi jualan kediaman bernilai di bawah 2 bilion rupiah (RM584,291) dan diskaun 25% VAT pula untuk kediaman bernilai antara 2 bilion rupiah hingga 5 bilion rupiah.
Sementara penawaran diskaun cukai untuk pemilikan kereta di bawah 250 juta rupiah (RM73,000) juga akan dilaksanakan.
Pemerkasaan pelepasan cukai ini bertujuan meningkatkan aliran ekonomi negara mereka, yang terus bergelut dengan kes penularan COVID-19 tinggi. Setakat ini, Indonesia mencatatkan jumlah keseluruhan kes adalah sekitar 4.27 juta.