Setelah hampir 2 tahun, dunia berdepan krisis COVID-19 ia dilihat telah meningkatkan jumlah kumpulan kemiskinan menjadi lebih besar kepada 160 juta individu. Akan tetapi krisis ini turut meningkatkan keuntungan kumpulan individu terkaya di dunia.
10 individu yang dimaksudkan adalah merangkumi Ketua Tesla dan SpaceX Elon Musk, Jeff Bezos – Amazon, pengasas Google Larry Page dan Sergey Brin, Mark Zuckerberg – Facebook, bekas CEO Microsoft – Bill Gates dan Steve Ballmer, bekas CEO Oracle – Larry Ellison, pelabur AS – Warren Bufet dan ketua kumpulan barangan mewah Perancis LVMH – Bernard Arnault.
Mengikut laporan, kekayaan kumpulan individu ini terus berganda meskipun berdepan krisis ekonomi, apabila nilai kekayaan melonjak dari AS$700 bilion kepada AS$1.5 trilion. Secara puratanya kumpulan ini mengalami pertambahan AS$1.3 bilion sehari.
Lonjakan nilai kekayaan ini nyata lebih drastik berbanding rekod pada 14 tahun lalu. Peningkatan kekayaan ini sekaligus telah memberi cerminan keganasan ekonomi yang tidak seimbang. Lebih meruntunkan, tatkala kumpulan terkaya terus tingkatkan nilai aset – sekitar 21,000 penduduk dunia setiap hari telah berdepan kematian akibat kekurangan akses penjagaan kesihatan, penindasan jantina, perubahan iklim dan krisis kelaparan.