Pasaran koko Malaysia ketika ini memiliki sekitar 5,200 penanam koko yang melibatkan pengeluaran 1,000 metrik tan dan jumlah ini berjaya menghasilkan nilai eksport 2021 pada paras RM7 bilion.
Melihat pada potensi yang lebih besar, industri koko negara kini menjangkakan tahun 2022 – bakal menyaksikan nilai eksport mencecah paras RM14 bilion.
Susulan kerumitan dari aspek meluaskan segmen tanaman koko – negara akan memberi tumpuan pada proses pengisaran biji koko, yang dilihat memiliki potensi lebih tinggi buat ekonomi tempatan. Untuk agenda itu, tidak lama lagi negara akan memperlihatkan ketersediaan hab perdagangan koko di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Johor yang berupaya mengisar biji koko sebanyak 460,000 metrik tan setahun.
Buat pengetahuan umum, negara sebelum ini telah diiktiraf selaku negara memproses biji koko kedua terbesar di Asia dan ke-6 di dunia – yang telah membawa sumbangan 7% kepada jumlah pengisaran di koko, peringkat global.
Bagi memanfaatkan potensi itu, pemerkasaan dalam pelbagai segmen koko wajar diberi tumpuan oleh industri negara. Ini tidak meningkatkan kualiti produk tetapi turut melonjakan pendapatan Malaysia.