Artikel

Tahukah Anda, 1% Orang Kaya Asia Lebih Kaya Daripada 90% Orang Miskin Rantau Ini

Tatkala terdapat 140 juta individu di rantau Asia telah berdepan kemiskinan disebabkan krisis dunia, namun ia tidak menidakkan peningkatan nilai kekayaan orang kaya di rantau tersebut.

Apabila, kini terdapat pertambahan 20 jutawan Asia ketika era pandemik COVID-19.

Tinjauan Oxfam pada nilai kekayaan yang dimiliki rantau ini telah meningkat hasil dorongan permintaan pasaran pada sektor perubatan, farmaseutikal dan perkhidmatan.

Apa yang memeritkan peningkatan kekayaan orang kaya Asia-Pasifik ini telah melonjak sekitar AS$1.46 trilion dan nilai itu berupaya beri gaji hampir AS$10,000 (RM41,700) kepada 81 juta individu yang telah kehilangan pekerjaan bagi data 2020.

Lebih menyedihkan 1% golongan kaya ini dianggar memiliki lebih banyak kekayaan daripada 90% golongan termiskin di Asia.

Pertambahan itu sekaligus menjadikan jumlah bilionair di rantau Asia-Pasifik meningkat hampir 1 per 3 daripada 803 individu setakat Mac 2020 kepada 1,087 individu kaya sehingga November 2021. Secara kolektifnya ia meningkat 74% kekayaan orang kaya pada rantau ini.

Keseimbangan ini secara langsung akan terus meningkatkan jurang pendapatan penduduk Asia dan ia meningkatkan tekanan kepada setiap negara untuk menyeragamkan status tersebut.