Artikel

McDonalds, Lotuss Stores – Antara 6 Syarikat Diiktiraf Selaku Majikan Terbaik Malaysia 2021

Kini terdapat 6 buah jenama syarikat negara mendapat pengiktirafan selaku Majikan Terbaik Malaysia – antaranya adalah pengendali makanan segera McDonalds dan pusat barangan runcit Lotuss Malaysia.

Menurut Kincentric, platform konsultan sumber manusia ini – pengiktirafan tersebut meliputi beberapa aspek antaranya adalah daya kecekapan kepimpinan, penyertaan dalam operasi, ketangkasan operasi dan fokus pembangunan bakat.

Pendekatan tersebut penting untuk sesebuah syarikat kecapi. Ini kerana faktor sedemikian tidak sekadar memberi manfaat kepada prestasi syarikat, tetapi dapat menghasilkan pemain industri yang berkualiti untuk pertumbuhan sektor.

Berdasarkan pencapaian ternyata McDonalds tampil antara yang terbaik dalam 6 syarikat ini, ianya adalah;

  • Gerbang Alaf Restaurants – McDonalds
  • SP Setia Group
  • Lotuss Stores
  • edotco
  • Startek Malaysia
  • SkyWorld