Artikel

Malaysia Sasar Lebih 800,000 PMKS Terap Digital Pada Perniagaan – Menjelang 2025

Dalam usaha mempergiatkan penerapan digitalisasi pada pertumbuhan negara, Malaysia memperuntukan sekitar RM200 juta kepada pemain industri di bawah Belanjawan 2022.

Ia merangkumi pengagihan skim geran pendigitalan kepada PMKS.

Selari dengan perancangan itu, lebih 800.000 PMKS (90%) dijangka dapat menerapkan pendigitalan pada operasi perniagaan mereka menjelang tahun 2025. Sasaran ini berpotensi dicapai, susulan peningkatan pada pertumbuhan segmen digital seperti khidmat penghantaran makanan, serta platform e-dagang negara.

Setakat 2021, pertumbuhan kedua-dua segemn telah melonjak AS$7 bilion (RM29.28 bilion) dalam GMV, nilai dagangan kasar. Buat pengetahuan umum, pasaran Malaysia terus memaparkan gerakan yang baik pada aliran transaksiĀ  e-dagang untuk separuh kedua 2021, di mana meningkat RM268 bilion.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed percambahan ekonomi digital pada pertumbuhan negara adalah suatu petunjuk yang baik pada agenda pemulihan.

Peningkatan ini, tidak hanya baik untuk permintaan pasaran, bahkan turut meningkatkan lagi penyertaan sektor negara pada pelaburan baharu.