Artikel

Uniqlo Mungkin Menaikkan Harga Jualan Pakaian Kerana Peningkatan Kos

Uniqlo merupakan salah satu peruncit yang terkenal degan penawaran pakaian. Syarikat yang berpusat di Jepun ini mempunyai cawangan di kebanyakkan negara, termasuk di Malaysia.

Terbaru, syarikat disebaliknya, Fast Retailing Co mengatakan mereka akan menilai semua harga, dan meningkatkan harga beberapa barangan. Hal ini adalah disebabkan oleh peningkatan harga kos bahan, logistik, dan matawang Yen yang lemah.

Apa pun, mereka mengatakan akan cuba sedaya upaya untuk tidak meningkatkan harga barangan mereka.

Selain Uniqlo, Fast Retailing Co juga mempunyai beberapa jenama lain dibawah mereka, termasuk GU, Theory, dan J Brand.