UOB, United Overseas Bank kini telah mencapai persefahaman, mengambil-alih aset perbankan pengguna Citi di empat buah negara merangkumi Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam.
Melalui langkah peralihan merangkumi portfolio pinjaman tidak bercagar dan bercagar, pengurusan kekayaan serta perniagaan deposit runcit ini – UOB difahamkan akan menyerap masuk sebahagian kakitangan Perniagaan Pengguna pada operasi kumpulan.
Untuk makluman, setakat ini segmen perniagaan pengguna Citigroup memiliki nilai aset bersih sekitar S$4.0 bilion dan difahamkan jumlah pertimbangan tunai peralihan ini dianggarkan membawa nilai S$915 juta. Berdasarkan sasaran, kesepakatan ini akan selesai bermula antara pertengahan 2022 sehingga awal 2024.
UOB pada makluman pengguna, menjelaskan peralihan ini tidak akan membawa perubahan pada penyediaan perkhidmatan perbankan. Ini meliputi penempatan induk serta perkhidmatan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan lebih 50 buah negara di seluruh dunia. Peralihan ini sekaligus akan memantapkan lagi kedudukan UOB di persada pasaran ASEAN