Artikel

AirAsia Kini Disenaraikan Sebagai Syarikat PN17 Oleh Bursa

AirAsia kini diklasifikasikan sebagai syarikat PN17 selepas Bursa Malaysia menolak rayuannya.

PN17, atau Nota Amalan (Practice Note) 17/2005 adalah suatu aturan yang ditetapkan Bursa Malaysia terhadap kumpulan syarikat yang bermasalah dari aspek kewangan. Penyenaraian ini berisiko mengakibatkan sesebuah syarikat terkeluar daripada papan Bursa Malaysia. Secara ringkasnya, entiti berkaitan gagal memenuhi kriteria minimum yang ditetapkan oleh Bursa Malaysia.

Untuk makluman ini antara ciri membawa kepada klasifikasi PN17;

  • Dana pemegang saham syarikat kurang daripada 25% daripada jumlah modal berbayar
  • Penerima telah dilantik untuk mengawal aset syarikat
  • Penggulungan beberapa anak syarikat mereka dan syarikat bersekutu
  • Juruaudit telah memberikan kenyataan negatif atau tidak seimbang tentang syarikat
  • Tidak patuhi faedah pinjaman dan pembayaran balik hutang syarikat
  • Syarikat telah menangguhkan atau menghentikan operasi
  • Syarikat tidak memiliki perniagaan ataupun operasi yang signifikan

Airasia sebelum ini telah memohon kepada Bursa Malaysia Securities untuk melanjutkan tempoh pelepasan melebihi 7 Januari lalu. Akan tetapi agenda itu telah ditolak oleh bahagian lembaga Bursa.

AirAsia untuk makluman telah disenaraikan selaku syarikat PN17 selepas juruaudit luarnya Ernst & Young PLT (EY) menyatakan penafian pendapat mengenai penyata kewangan terauditnya. Namun kumpulan ini mengalami pelepasan di bawah Bursa Securities untuk pelepasan pertama ialah 8 Julai 2020, dan tempoh 18 bulan berakhir pada 7 Jan 2022.

Namun penolakan pelepasan tambahan ini dilihat akan memberi kesan kepada kumpulan untuk mengekalkan operasi dan status kewangan mereka. Untuk lanjutan penjelasan AirAsia dilaporkan akan berkongsi pengumuman dalam waktu terdekat.