Artikel

Durioo Menerima Suntikan Dana Pelaburan Daripada Y Combinator, Mommy Hana Dan Vivy Yusof

Durioo, syarikat yang ditubuhkan oleh pengasas siri animasi popular Didi & Friends, Sinan Ismail, hari ini mengumumkan penyertaan ke Y Combinator, selain turut berjaya menerima suntikan dana awal ke syarikat berkenaan daripada para pelabur.

Durioo ditubuhkan oleh Sinan Ismail selepas berjaya dengan siri animasi Didi & Friends, dan juga Omar & Hana. Mengetahui permintaan tinggi untuk siri animasi menyentuh gaya hidup muslim, Durioo ditubuhkan dengan hasrat penghasilan kandungan berkualiti tinggi, menyasarkan kanak-kanak muslim.

Durioo akan menghasilkan kandungan animasi, permainan, selain turut menyediakan perkhidmatan penstriman Durioo+ yang akan beroperasi bermula Februari 2022 ini. Semuanya akan memfokuskan kepada tema kanak-kanak dan gaya hidup muslim.

Durioo Pelabur


Selari dengannya, Durioo turut telah menerima suntikan dana daripada sejumlah pihak, termasuk antaranya adalah Y Combinator, Fadzarudin Anuar & Vivy Yusof (FashionValet), MommyHana, Mudharib Partners, Falcon Network, LaunchGood dan juga Qadr Financial Partners.