Artikel

Visa Sedia Menguji Mata Wang Digital Bank Pusat – Dengan Kad, Dompet Digital

Setelah Mastercard melancarkan platform pengujian mata wang digital bank pusat (CBDC) pada 2020, kini Visa mula menyertai pendekatan tersebut menjelang musim bunga kelak – iaitu Mac 2022.

Pengujian Visa tersebut akan mula dilakukan bersama ConsenSys, iaitu syarikat perisian rantaian-blok dengan penyertaan sekitar 30 bank pusat di seluruh dunia.

Seperti yang umum ketahui pelaksanaan mata wang digital daripada pentabiran sesebuah negara adalah untuk menangani kegusaran risiko kripto – yang berpotensi menjejaskan kestabilan pasaran kewangan.

Selain tindakan pengujian ini, Visa sebelum ini juga turut mengumumkan ujian rintis pihaknya bagi penerimaan transaksi melalui kripto USD Coin, salah satu bentuk stablecoin yang berasaskan nilai matawang AS.

Visa melihat penyertaan stablecoin dan CBDC akan memiliki peranan bersama namun terdapat pendekatan berbeza yang perlu diterapkan pada penggunaan produk ini di masa hadapan.