Artikel

Shopee Rekod 88.9% Pertumbuhan – Secara Purata Pengguna Habiskan 30 Minit Sehari Di Aplikasi

Shopee, platform e-dagang serantau kini telah memaparkan prestasi yang baik sepanjang 9 bulan pertama 2021. Di mana untuk rekod tahun-ke-tahun, platform ini berjaya meraih 88.9% pertumbuhan dari pasaran antarabangsa.

Di mana ia membawa kepada nilai barangan kasar sekitar AS$44.4 bilion dan didorong hasil peningkatan pengguna 1.4 kali ganda.

Tahukah anda, secara puratanya pengguna menghabiskan masa 30 minit sehari dalam penggunaan aplikasi Shopee. Malah tempoh kemasukan pengguna dalam kitaran 15 hari sehingga 20 hari dalam sebulan juga telah membawa kepada 15 hingga 20 pesanan dilakukan.

Ini bermakna penawaran khidmat di aplikasi Shopee terus relevan dan bertepatan dengan kehendak pengguna.

Menurut Terence Pang, Ketua Pegawai Operasi Shopee – pihaknya ingin terus mengembangkan penyertaan Shopee dalam pelbagai bidang perniagaan. Melalui kaedah ini, Shopee dapat memenuhi permintaan pengguna tanpa sebarang sekatan.

Berdasarkan laporan, tahun 2022 – Shopee akan terus memperkayakan lagi pemasaran khidmat mereka di seluruh negara. Ini termasuklah meningkatkan usaha pengiklanan. Tahun 2021, melalui jualan yang dijana pengiklanan, Shopee berjaya menerima pulangan 3 kali ganda pada separuh kedua tahun 2021.

Langkah tersebut akan dilanjutkan bagi tahun ini, selari dengan perancangan kempen jualan yang lain.