Artikel

Stesen Pengecasan Elektrik Shell Recharge HPC Dibuka Di Tangkak, Johor – Lima Lagi Stesen Shell Recharge Akan Dibuka Di Malaysia

Shell hari ini telah memperkenalkan stesen pengecasan elektrik Shell Recharge HPC pertama di Malaysia, iaitu di Tangkak, Johor.

Ia hadir dengan kuasa pengecasan sehingga 180kW DC, sekaligus memudahkan pengecasan pantas dilakukan untuk meneruskan perjalanan. Kuasa pengecasan ini membolehkan kenderaan dicas sehingga 80% dalam masa sepantas 30 minit.

Mengikut contoh diberikan Shell, pengecasan selama 10 minit mampu menawarkan perjalanan sehingga dari Tangkak ke Legoland, sementara pengecasan 20 minit mampu menawarkan perjalanan dari Tangkak ke Genting Highlands.

Shell Recharge 6 Stesen

Selain stesen pertama ini, Shell merancang untuk membuka lima lagi stesen Shell Recharge di Malaysia dalam masa terdekat.

Dengan adanya stesen pengecasan elektrik pantas ini, Shell memudahkan lagi perjalanan jauh dari Utara ke Selatan dengan mudah oleh para pemilik kenderaan elektrik. Ini juga merupakan salah satu langkah dalam peralihan ke era EV yang lebih mesra alam.