Artikel

Startup Semakin Jadi Pilihan Suntikan Modal Teroka – Capai AS$621 Bilion Sepanjang 2021

Perolehan dana modal teroka (venture capital) kepada startup kini semakin meningkat, sepanjang data 2021.

Mengikut laporan Bloomberg pada data CB Insights, walaupun Silicon Valley kekal selaku peneraju dalam hab teknologi – tetapi percambahan startup pada seluruh dunia dan berpotensi tampil seperti hab teknologi ternyata telah menarik minat perhatian pelabur.

Data 2021 menunjukkan pelabur telah menggandakan lebih dua kali ganda jumlah tunai pembiayaan kepada kumpulan ini. Yang kini mencecah perolehan pembiayaan sehingga AS$621 bilion.

Berdasarkan perincian, Amerika Syarikat (AS) tampil selaku peyumbang pembiayaan peringkat global tertinggi, dengan perolehan AS$311 bilion. Tidak hanya itu pasaran Asia turut juga berjaya menarik minat para pelabur.

Antaranya syarikat seperti Ninja Van dan Nium milik Singapura telah mengukuhkan kedudukan mereka dan kini mencapai status unicorn.

unicorn – adalah startup yang bernilai lebih dari AS$1 juta, decacorn – adalah startup yang bernilai lebih AS$10 juta, hectocorn – adalah startup yang bernilai lebih AS$100 juta