8,000 petugas Yahoo Jepun kini dibenarkan untuk melaksanakan tugas di mana jua mereka berada. Lebih menarik sekiranya tugas tersebut memerlukan kehadiran pekerja, mereka akan diberi pilihan berulang-alik dengan pengangkutan kapal terbang.
Penguatkuasaan ini dilaporkan akan bermula pada 1 April kelak. Langkah ini bertepatan dengan situasi para pekerja Yahoo Jepun, apabila 90% daripada kini berada di persekitaran yang jauh dan ia tidak mengugat prestasi syarikat malah semakin bertambah baik.
Yahoo turut memaklumkan, pilihan ini bukanlah menidakkan faedah bekerja di pejabat tetapi ia mengambilkira keselesaan pekerja dan kesejahteraan syarikat.
Untuk makluman konsep bekerja di mana-mana ini telah mula diterapkan sejak 2014 lagi tetapi ia memiliki had tersendiri. Iaitu ia hanya berkuat kuasa pada hari tertentu sahaja. Tetapi kini tidak lagi, pilihan tersebut mula diperluas tanpa menyekat kebebasan pekerja untuk berkarya.
社員との対話や様々な調査を行った結果、「仕事のパフォーマンスに変化がない、あるいは向上した」という社員が9割であったので、ヤフーは社員の住む場所を国内で自由化する事にしました。他方、オフィスの力も否定はしないので、たまの出勤に飛行機も使えるようにします。https://t.co/Y2xiaJ3XRu
— 川邊健太郎 (@dennotai) January 12, 2022