Setelah menanti pembukaan Taman Tema Genting SkyWorlds sejak suku kedua tahun 2021 lalu, kini destinasi tersebut dijangka bakal beroperasi pada awal Februari 2021.
Gambaran awal Maybank Investment Bank (IB) itu pada laporannya menyatakan sempena sambutan Tahun Baru China bagi 2022 akan menjadi pembukaan yang baik buat Resorts World Genting. Ini secara langsung membawa petunjuk bahawa pihak Genting sedang mempersiapkan operasi ke arah pembukaan tersebut.
Berdasarkan data, sekiranya tindakan pembukaan ini dilakukan – ia akan menerima sambutan yang baik dari rakyat Malaysia. Untuk makluman, suku terakhir 2021 memperlihatkan kehadiran sekitar 4 juta pengunjung, ia menyamai dengan data 2020. Maka pembukaan taman tema akan terus memacu aliran tersebut.