Artikel

Pembayaran Dividen Global Disasar Meningkat 6%, Kepada AS$2.09 Trilion

Biarpun aliran dividen global masih perlahan, namun ia tidak menafikan potensinya untuk terus meningkatkan pada agihan tahun ini di paras 6%.

Berdasarkan IHS Markit, pembayaran dividen global dijangka meningkat kepada AS$2.09 trilion berbanding tahun lalu, yang di paras AS$1.97 trilion.

Untuk makluman dividen adalah pendapatan tunai yang akan diterima oleh pemegang saham serta pelabur. Perolehan kadar dividen ini tertakluk kepada polisi syarikat korporat dan prestasi pertumbuhan entiti tersebut.

Berdasarkan perincian, syarikat Asia-Pasifik dijangka mencecah AS$633 bilion iaitu meningkatkan AS$115 bilion berbanding sebelum kehadiran COVID-19. Apa yang menarik, sumbangan ini akan memperlihatkan penyertaan tinggi oleh China dan Taiwan. Sementara Jepun dan Hong Kong pula dijangka memain peranan kecil untuk tahun 2022.

Manakala dividen peringkat antarabangsa seperti Amerika Syarikat (AS) pula akan meningkat 5.4% kepada AS$670 bilion, ini susulan penyertaan pembayar dividen seperti Microsoft, Apple dan firma teknologi gergasi lain.

Untuk pasaran Eropah pla pertumbuhan dividen dijangka meningkat 5% merangkumi Perancis, Jerman dan Britain.