Artikel

Enggan Terima Vaksin COVID-19, Penduduk Quebec Kanada Perlu Bayar Cukai Tambahan

Memiliki kepadatan rakyat kedua tertinggi di Kanada, penduduk wilayah Quebec kini bakal berdepan peraturan baharu. Di mana, jika penduduk dewasa tidak mahu menerima vaksin COVID-19, mereka perlu membayar cukai tambahan kepada Kanada.

Tindakan ini untuk menampung beban kewangan yang terpaksa didepani oleh pentadbiran Kanada, susulan sikap penduduk Quebec yang pentingkan prinsip sendiri.

Untuk makluman, Quebec secara konsisten memaparkan jumlah kes COVID-19 yang tinggi dan telah menjejaskan kapasiti petugas kesihatan. Walaupun sekitar 10% individu di wilayah tersebut tidak divaksinasi namun peratusan kecil itu telah menyumbang sehingga 50% pada pesakit yang kini di unit rawatan rapi (ICU).

Berdasarkan laporan, pengenaan cukai sehingga AS$107.42 ini masih diteliti dan akan dilaksanakan kelak – ia bertujuan membantu sistem kesihatan Kanada, tangani pertambahan risiko melibatkan penularan COVID-19. Tetapi usah khuatir, ia dijamin tidak akan dikenakan pada kumpulan yang memiliki masalah kesihatan.

Melihat pada langkah drastik, ia dijangka akan menjadi ikutan buat negara lain untuk mengukuhkan sistem kesihatan mereka – dan tidak mustahil digarapkan di Malaysia.