Artikel

Shopee Nafi Tawar Peluang Pekerjaan, Ganjaran Melalui Sistem Pemesejan – Gesa Pengguna Berwaspada

Shopee, platform e-dagang negara kini menggesa pengguna untuk tidak mempercayai sebarang tawaran peluang pekerjaan mahupun ganjaran aplikasi melalui sistem pemesejan seperti Whatsapp.

Pihaknya menjelaskan berhubung penawaran peluang pekerjaan, Shopee tiada pernah membuat sebarang lantikan mana-mana petugas untuk merekrut pekerja baharu melalui sistem pemesejan. Sementara tawaran ganjaran pula hanya akan dilakukan pada aplikasi rasmi Shopee, halaman media sosial rasmi dan akaun perniagaan Whatsapp yang sah serta rasmi sahaja.

Maka bagi menbendung gejala penipuan ini, para pengguna dinasihatkan untuk merujuk kepada saluran di bawah;

  • SEMAKMULE di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menyemak akaun bank dan nombor telefon pihak yang menghubungi pengguna – https://semakmule.rmp.gov.my/
  • CCID Infoline – boleh menyemak satus maklumat jenayah komersial PDRM di talian 013-2111222
  • Pusat Tindak Balas Penipuan CCID – boleh kemukakan maklumat serta pertanyaan kepada PDRM di talian 03-26101559/03-26101599

Sementara bagi pihak yang berminat untuk menyertai kerjaya di Shopee, diingatkan mengikuti saluran yang tepat. Orang awam boleh layari pautan Shopee Malaysia untuk perincian lanjut atau berhubung pada pautan emel [email protected]