Artikel

KWSP Catat RM48 Bilion, Bagi Pendapatan Pelaburan Kasar Untuk 9 Bulan Pertama

KWSP, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja kini mencatatkan peningkatan pada pendapatan pelaburan kasar sepanjang 9 bulan pertama tahun 2021, di mana lonjakan 7.7% itu telah membawa kepada perolehan jumlah RM48.02 bilion.

Data ini lebih membrangsangkan berbanding tahun 2020, yang mencatatkan jumlah pendapatan pelaburan kasar sekitar RM44.60 bilion.

Apa yang menarik, meskipun pasaran ekuiti domestik dan pasaran baru muncul suku ketiga 2021 adalah tidak menentu disebabkan kegusaran inflasi dan kadar faedah – tetapi KWSP telah memanfaatkan keuntungan di sebalik fasa pemulihan ekuiti yang sedang berlaku dalam ekonomi negara membangun.

Setakat ini, ekuiti kekal sebagai penyumbang terbesar sebanyak 54% daripada jumlah pendapatan pelaburan kasar pada RM7.50 bilion. Sementara aset pelaburan KWSP setakat September 2021 pula adalah RM988.55 bilion, di mana 36% telah dilaburkan ke dalam pelaburan luar negara.

Kepelbagaian KWSP dalam kelas aset, pasaran dan mata wang yang berlainan, telah terus memberikan kestabilan pendapatan serta menambah nilai kepada keseluruhan pendapatan KWSP.

Namun KWSP akui kebimbangan pada polisi monetari dan inflasi masih wujud dan kekal memiliki jangkaan bahawa sentimen pasaran negara akan bertambah baik dalam tempoh terdekat.

Di mana aliran ekonomi Malaysia dijangka dapat menyokong pemulihan secara beransur sehingga 2022, dan KWSP akan merancakkan usaha untuk membantu pencarum membina semula simpanan persaraan mereka serta melebarkan jaringan keselamatan sosial dengan bekerja lebih rapat bersama Kerajaan dan agensi yang terlibat.