Artikel

Teh Boh Sasar Pacu Inovasi, Kini Hasilkan 5.5 Juta Cawan Teh Setiap Hari

Bermula sejak tahun 1929, BOH Platations kini terima pengiktirafan antarabangsa selaku jenama terbaik bagi 2021-2022 untuk segmen World Branding Awards Tea di United Kingdom.

Berbekalkan luas kebun teh 1,200 hektar di Cameron Highlands, teh BOH kini telah mencapai rekod penghasilan sekitar 5.5 juta cawan teh setiap hari atau lebih 4.5 juta kilogram teh setiap tahun.

Melihat pada keyakinan mutu pengeluaran, teh BOH sejak April 2021 sedang melanjutkan usaha inovasi mereka ke arah penggunaan tenaga lestari seperti solar.

Menurut Pengerusi Eksekutif Caroline Russell, pihaknya mengatur strategi pemasangan sistem tenaga solar pada bahagian atas kilang pembungkusan. Usaha ini untuk memantapkan kelestarian operasi disamping Ilaksana gagasan Malaysia untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang tahun 2050.