Artikel

Aeon Mall Jangka Guna 100% Tenaga Lestari Secara Berperingkat, Menjelang 2040

Aeon Mall kini menetapkan sasaran untuk menggunakan 100% tenaga yang boleh diperbaharui melalui tenaga solar. Tumpuan itu bagaimanapun akan dilaksanakan pada lebih 160 pusat membeli-belahnya di Jepun terlebih dahulu.

Pelaksanaan secara berperingkat ini, dilihat bertepatan dengan agenda Jepun untuk mengurangkan pelepasan karbon. Ia akan menyumbang 0.2% daripada jumlah penggunaan elektrik di negara tersebut, yang melibatkan penggunaan sekitar 2 bilion kilowatt-jam setahun.

Langkah ini sekaligus turut mendorong galakan kepada perniagaan lain untuk memacu usaha penyahkarbon. Buat pengetahuan umum, pengaruh jenama Aeon telah menyumbang hampir 1% kepada keseluruhan Jepun.

Bermula tahun ini, AeonMall akan mencapai kesepakatan pembelian tenaga korporat (PPA) bersama pengeluar tenaga untuk pelaksanaan secara berperingkat ini. Selain solar, Tenaga juga akan diperoleh daripada sumber yang boleh diperbaharui seperti angin, biojisim, hidrogen.

Aeon pada persefahaman ini turut dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk melanjutkan pelaburan dalam tenaga boleh diperbaharui pada pasaran. Namun untuk perluasan tenaga pada rangkaian di China dan Asia Tenggara termasuk Malaysia masih lagi tidak diketahui.

Selain Aeon, syarikat induk 7-eleven turut menerapkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui bagi mencapai penjimatan tenaga sejak 2021.