Artikel

Ericsson Sasar Pelaksanaan 5G, Pacu Ekosistem Ekonomi Malaysia

Malaysia kini menjadi sebahagian daripada 48 buah negara yang telah memulakan langkah mereka ke arah rangkaian 5G.

Seperti yang umum ketahui, pada Julai tahun lalu Ericsson telah dipilih untuk membangunkan ekosistem 5G negara pada nilai anggaran RM11 bilion. Peranan entiti ini meliputi pelaksanaan reka bentuk, rangkaian akses radion (RAN) sewaan menara serta pajakan gentian.

Melihat pendekatan rangkaian ini di negara, Ericsson menyasarkan penerapan ini akan memanfaatkan perniagaan dan memacu transformasi digital negara. Mengikut laporan, usaha ini turut akan menutup jurang digital yang ada pada kawasan terpencil.

Pada masa yang sama, Ericsson turut menyasarkan  penyediaan rangkaian bertaraf dunia bersama Digital Nasional Berhad kepada rakyat Malaysia. Ia berupaya mendorong ekosistem digital yang lebih berdaya maju serta kukuh.

Seterusnya untuk terus meluaskan pendidikan digital kepada generasi muda, Ericsson telah melanjutkan program Ericsson Educate mereka bersama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) – ia menjadi sebahagian usaha pendedahan kepada segmen pendidikan tempatan.

Setakat ini, rangkaian 5G telah mula tersedia di kawasan Putrajaya, Cyberjaya dan Kuala Lumpur – dijangka liputan 80% dapat disediakan pada penghujung tahun 2024 kelak.