Artikel

FamilyMart Perkenal Robot Barista, Sasar Tingkatkan Kecekapan Pesanan Kopi

Tidak hanya kaedah pembayaran sahaja memiliki pilihan tanpa sentuhan fizikal, kini kaedah tersebut mula diperluaskan pada segmen yang lain seperti penyajian minuman di FamilyMart.

Terbaharu, FamilyMart Indonesia memperkenalkan Robot Barista pada pengeluaran produk minuman mereka. Pengenalan khidmat layanan pesan-minuman-kopi ini dilaporkan akan menyajikan 19 jenis pilihan minuman yang boleh disiapkan dalam tempoh 1 hingga 2 minit.

Lebih menarik pesanan ini turut disokong pembayaran melalui dompet digital seperti Gopay, Ovo dan Dana.

Meskipun tidak memaklumkan sebarang perluasan komponen ini di mana-mana cawangan negara lain – FamilyMart melihat cetusan idea robot ini berpotensi menjadi contoh inovasi yang baik untuk pertumbuhan operasi. Ia tidak hanya selaras dengan peningkatan teknologi tetapi turut memberi galakan kepada pengguna, memanfaatkannya.